Sabtu, 25 Jun 2011

cara membuat makanan lembu daripada batang jagung

Selepas di mesin, daun yang telah hancur di padatkan kedalam tong drum plastik dengan 3 lapisan. Setiap lapisan, hendaklah di masukkan molases (3/4 gayung mandi), garam kasar (1/2 genggam) dan air (1/2 gayung). Jika menggunakan daun sawit, digalakkan lebihkan air kerana sawit adalah bahan kering. Juga boleh di masukkan EM (Effective Microorganisms) jika suka kerana EM adalah bakteria baik yang dapat menyihatkan dan menghilangkan bau tinja kambing. Kemudian, tong hendaklah di tutup rapat (kedap udara) supaya tiada benda asing dapat masuk dan tahan lebih lama. Silaj sesuai di peram selama 2 minggu sebelum di berikan kepada ternakan. Silaj juga sesuai di gunakan apabila tibanya musim hujan, di mana pergerakan untuk menebang batang pokok jagung terbatas. Selamat mencuba.

KANDUNGAN M/S

1.0 Pengenalan………………………………………………………………………3

2.0 Biodata Pemilik………………………………………………………………….4

3.0 Latar Belakang Syarikat…………………………………………………………5


4.0 Pengurusan Syarikat……….…………………………………………………….6-8
4.1 Struktur pentadbiran Syarikat

5.0 Aset Syarikat…………………………………………………………………….9

6.0 Produk Syarikat………………………………………………..………………..10-13
6.1 Latar belakang produk
6.2 Baja organik.

7.0 Sebutharga ………………………………………………………………………14
7.1 Baja Organik
7.2 Lembu dan daging halal.


8.0 Lampiran lokasi dan Tanaman……………………………………………..........15-20
8.1 Fidlot lembu
8.2 Bangunan Stor pemprosesan dan penyimpanan baja
8.3 Gambar Ladang Depu.








1.0 PENGENALAN


BHM FARMER Enterprise didaftarkan pada 17 Disember 2008 dengan modal sebanyak RM69,000 dan merupakan syarikat milikan tunggal bumiputra.Syarikat telah menjalankan perniagaan menternak dan membekal,menjual makanan lembu dan daging halal selama setahun dan merupakan pembekal kepada peniaga daging segar di sekitar kawasan.Syarikat juga telah memanfaatkan tinja lembu menjadi sesuatu yang menguntungkan iaitu baja organik untuk menigkatkan hasil tanaman.

BHM FARMER Enterprise telah melihat peluang luas dalam bidang penghasilan baja yang menggunakan tinja lembu yang diternak dan berkeyakinan tinggi untuk menjadikan perusahaan ini sebagai aktiviti utama. Walaupun bidang penghasilan baja ini baru bagi syarikat, namun kemahiran untuk menjalankan perusahaan ini datangnya daripada salah seorang rakan dari Indonesia yang mempunyai pengalaman selama 10 tahun dalam bidang ini. Syarikat telah mendirikan sebuah bangunan pemprosesan dan penyimpanan baja seluas 60x25 kaki persegi.Lokasi bangunan ini terletak di kawasan berhampiran dengan tempat penternakan lembu.

Penghasilan baja organik ini telah diilhamkan oleh pemilik syarikat ini sendiri dan telah memulakan aktiviti ini pada bulan Januari 2010 dengan permulaan sebanyak 6000 tan sebulan.Sehingga pada tarikh ini jumlah pengeluaran telah ditambah menjadi 10,000 tan dan akan meningkat mengikut permintaan.

Oleh dengan itu, syarikat amat yakin bahawa rancangan untuk menceburkan diri dalam bidang penghasilan baja organik ini adalah satu tindakan yang boleh mendatangkan keuntungan kepada pihak syarikat selain daripada memenuhi permintaan sektor pertanian.








BIODATA PEMILIK SYARIKAT

Nama penuh : Burhanuddin Bin Hj.Mustafa
No kad pengenalan : 870508-02-5137
Tarikh lahir : 08 Mei 1987
Umur : 24 Tahun
Jantina : lelaki
Alamat tetap : No.33,Kg Kuala Sungai,Mukim Kubang
Rotan,Seberang Jalan Putra,
06250 Alor Setar,Kedah Darul Aman.
No telefon : 017-5769236/017-4779160
Taraf perkahwinan : Sudah Berkahwin
Latar belakang akademik : SPM ’04
Pengalaman kerja yang berkaitan : Pengurus Fidlot ( MEI 2006- SEPT 2008)
Kemahiran/ kebolehan yang dimiliki : Mudah dalam memberi kerjasama

Kursus yang pernah dihadiri : Menghadiri kursus bidang pertanian di
Sadao,Thailand dan kursus penghasilan
baja organik kompos Di Pusat Latihan
Felcra Berhad,Seberang Perak
Negeri Perak.





LATAR BELAKANG SYARIKAT

Nama Syarikat : BHM FARMER Enterprise
Nombor Pendaftaran : AS0311941-X
Alamat : No.33,Kg Kuala Sungai,Mukim Kubang Rotan
Seberang Jalan Putra,06250,Alor Setar,
Kedah Darul Aman.
Nombor Telefon : 017-4779160/017-5769236
Bentuk Perniagaan : Daging lembu dan produk
Jenis Syarikat : Milikan tunggal
Kegiatan Utama : Menternak,Menjual Lembu dan Membekal Daging
Halal dan mengeluar Baja organik kompos
Tarikh Pendaftaran : 17 Disember 2007
Nama Bank : CIMB BANK
Jenis Akaun Perniagaan : Akaun Semasa
Modal Permulaan : RM 69,000.00
Bilangan Pekerja : 5 Orang



















LATAR BELAKANG
PENGURUS-PENGURUS KORPORAT

BHM Farmer Enterprise












PENGURUSAN SYARIKAT



PENASIHAT SYARIKAT

Hj Mustafa bin Hj Ahmad
Berusia 80 tahun,dilahirkan di Negeri Kedah.Beliau merupakan bapa kepada pemilik BHM FARMER Enterprise yang bertindak sebagai penasihat kepada syarikat.Pengalaman beliau banyak membantu dalam pelaksanaan projek ini. Selain daripada itu beliau juga mempunyai pengalaman selama lebih daripada 50 tahun dalam bidang pertanian dan penternakan lembu pedaging.

PENGURUS BESAR (PEMILIK SYARIKAT)




PENGURUS PEMASARAN

Hazimuddin Bin Phahrolrazi
Berusia 22 tahun dan mempunyai pengalaman 2 tahun dalam bidang pemasaran produk MLM dan pernah mendapat anugerah pada malam bintang hasil dari jualan yang mencapai pangkat Pengurus Diamond.Mempunyai dedikasi yang tinggi untuk mejayakan projek ini. Bidang pemasaran adalah salah satu daripada kemahiran beliau.Beliau juga mempunyai hubungan baik dengan ahli-ahli dewan kerajaan negeri membolehkan beliau memasarkan produk syarikat dengan lebih luas lagi.Disiplin yang ada pada beliau adalah begitu tinggi dan selalu mengendalikan kerja secara teratur dan professional.Beliau juga seorang yang merendah diri, jujur dan bertanggungjawab dalam setiap tugasan beliau.

PEMBANTU PENGURUS PEMASARAN

Sabirin Bin Abdul Radzi

Berusia 28 tahun.Dilahirkan di Jengka 19. Dalam usia muda,beliau telah berkecimpung dalam perniagaan jualan langsung. Mempunyai pengalaman dalam mengendali kereta-kereta import. Pernah menjadi pengurus ladang padi selama 2 tahun. Boleh melakukan kerja-kerja berkaitan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan. Seorang yang mempunyai daya saing yang tinggi.


PENGURUS PENGELUARAN
Muhamad bin Abdullah

23 tahun.Dilahirkan di Negeri Jelapang Padi.Setelah tamat pengajian beliau di Maktab Mahmud Alor Setar,beliau telah menamatkan pengajian bertaraf diploma dalam jurusan penyelenggaraan pesawat terbang di Kolej MIAT,Bangi. Beliau telah mengikuti kursus dalam penghasilan baja di Pusat Latihan Felcra Berhad Seberang Perak, Perak dan mempunyai kemahiran dalam menilai hasil kualiti satu-satu baja yang dikeluarkan.Beliau adalah seorang yang berdedikasi dalam melaksanakan tugas yang diberi.



PEMBANTU PENGURUS PENGELUARAN
Mohd Shafiq B.Abdullah

Berusia 21 tahun.Dilahirkan di Sungai Petani,Kedah. Dalam usia muda,beliau telah berkecimpung dalam perniagaan jualan langsung. Mempunyai pengalaman dan kemahiran hasil daripada pengalaman selama 3 tahun dalam pemasaran dan penjualan. Beliau juga mempunyai minat yang mendalam dalam perniagaan. Telah mengikuti beberapa kursus tentang pemasaran dan sebagainya. Pernah mencapai pangkat yang tinggi hasil dari jualan yang memberangsangkan. Beliau adalah seorang yang berdedikasi tinggi dan mempunyai kesungguhan dalam melakukan sesuatu pekerjaan.








STRUKTUR PENTADBIRAN SYARIKAT BHM FARMER


CARTA ORGANISASI









ASET SYARIKAT
BHM Farmer Enterprise














ASET SYARIKAT

Pada masa sekarang syarikat mempunyai 2 buah kandang lembu yang berukuran 80x30 kaki persegi.Sebuah kandang yang terletak di Puchong,Selangor dan sebuah lagi terletak di Kg.Kubang Rotan,Alor Setar,Kedah.Syarikat juga mempunyai sebuah bangunan stor proses baja organik yang berukuran 60x25 kaki persegi.Syarikat juga memiliki ladang pokok depu seluas 12 ekar di atas tanah permintaan di Tupah,Merbok dan ladang jagung seluas 9 ekar di Bukit Pinang,Kedah.Keseluruhan jumlah aset BHM FARMER Enterprise dianggarkan bernilai RM 300,000.00.


Kandang Lembu BHM Famer Enterprise






No 33,Kampung Kubang Rotan Mukim Kuala Sungai 06350,Alor Star kedah.
Bangunan Pemprosesan baja Organik BHM Farmer Enterprise





No 33,Kampung Kubang Rotan Mukim Kuala Sungai 06350,Alor Star kedah.

Ladang Pokok Depu BHM Farmer Enterprise



Tupah,Merbok.Kedah

Ladang jagung BHM Farmer Enterprise




Bukit Pinang,jitra.Kedah




PRODUK & AKTIVITI
SYARIKAT

BHM FARMER ENTERPRISE










AKTIVITI SYARIKAT
Carta Aliran Aktiviti Syarikat


PRODUK SYARIKAT

LATAR BELAKANG PRODUK SYARIKAT
Sebenarnya idea untuk menghasilkan baja organic(Tinja lembu) yang diversikan kepada penggunaan EM (Emas) tempatan ini adalah lahir melalui kreativiti dan ilham daripada pemilik syarikat BHM FARMER Enterprise, iaitu En. Burhanuddin B. Hj Mustafa.Berdasarkan penilaian beliau terhadap projek Felcra Berhad,Seberang Perak,Negeri Perak yang telah manfaatkan tinja lembu menjadi baja organik untuk semua tanaman dan ladang Felcra Berhad,Seberang Perak.Projek terbabit dilihat memberi kesan yang amat ketara terhadap peningkatan tanaman dan kos baja untuk ladang mereka dapat dijimatkan berbanding sebelum ini.Pada masa yang sama, penggunaan baja kimia dalam industri pertanian di Malaysia yang mempunyai kesan sampingan jangka masa panjang kepada pengguna membuatkan tercetusnya idea untuk menghasilkan baja organik yang diaktifkan EM(Emas).Teknologi EM yang digunakan pada asalnya adalah ciptaan seorang professor di Jepun melalui hasil kajian dan penyelidikan yang rapi oleh beliau selama beberapa tahun yang lalu.Melalui gabungan idea daripada seorang rakan dari Jakarta,Indonesia akhirnya lahirlah baja organic keluaran syarikat BHM FARMER Enterprise yang menggunakan EM tempatan gubahan syarikat yang dilihat lebih memberi kesan untuk tanaman di Malaysia berbanding EM yang diimport dari Jepun.Ini mungkin kerana EM yang dihasilkan di Jepun dalam suhu iklim di sana dan mempunyai perbezaan dari segi mikrob tanah.Dengan produk ini syarikat yakin sedikit sebanyak dapat menyelesaikan masalah yang sering dihadapi oleh petani-petani tempatan.

Di samping mencari keuntungan , kami juga berupaya berbakti kepada tanah seterusnya kepada masyarakat melalui baja organik yang kami keluarkan ini.Syarikat yakin dengan keupayaan produk 100% organik yang dihasilkan syarikat ini dapat mengurangkan masalah yang sering dihadapi petani tempatan, kerana syarikat memandang serius masalah industry pertanian dan sentiasa mencari jalan penyelesaian yang terbaik.














BAHAN KANDUNGAN
a) Tinja lembu
b) Serbuk kayu
c) EM Emas (Effective Microganisma)

 Syarikat tidak menggunakan EM yang diimport dari jepun kerana EM yang dihasilkan di sini lebih baik.Ini kerana EM tempatan lebih serasi dengan tanah disini disebabkan kandungan mikrob dari tanah dan dari EM daripada iklim dan suhu yang sama.


PROSES PENGHASILAN
Langkah-langkah penghasilan Baja


CARA GUNA
Gaulkan bersama Tanah.

KEBAIKAN BAJA ORGANIK
i. Sesuai untuk semua jenis tanaman kerana EM bertindak menyuburkan tanah
ii. Dapat mengawal serangga penyakit.
iii. 100% Bebas bahan kimia.
iv. Menggunakan EM Emas tempatan.
v. Bebas Asid
vi. Menyubur dan Mengaktifkan semula mikrob tanah yang mati.
vii. Meningkatkan hasil tanaman sehingga 30%
viii. Hasil Tanaman lebih dijamin selamat untuk dimakan.

SUKATAN UNTUK TANAMAN
JENIS TANAMAN KADAR BAJA
Pokok pra-matang 1 pek(2kg) / 5 batang pokok
Pokok Bunga 1 pek(2kg) / 10-15 pasu bunga
Kebun Sayuran 1 pek(2kg)/ 14 kaki panjang batas
Pokok Buah-Buahan Matang 2.5kg-5kg / sepokok
Kelapa Sawit Matang 2.5kg-5kg / sepokok
Ladang Sayuran 2.5 tan / 1 ekar
Padi 1-2tan / 1 ekar

JAMINAN SYARIKAT
Tinja lembu yang digunakan diambil daripada fidlot lembu yang ternakannya tidak diberi makan rumput.Tinja akan melalui proses pengasingan benih rumput sebelum dikompos menjadi baja organik bagi memastikan kualiti baja.