Sabtu, 25 Jun 2011

cara membuat makanan lembu daripada batang jagung

Selepas di mesin, daun yang telah hancur di padatkan kedalam tong drum plastik dengan 3 lapisan. Setiap lapisan, hendaklah di masukkan molases (3/4 gayung mandi), garam kasar (1/2 genggam) dan air (1/2 gayung). Jika menggunakan daun sawit, digalakkan lebihkan air kerana sawit adalah bahan kering. Juga boleh di masukkan EM (Effective Microorganisms) jika suka kerana EM adalah bakteria baik yang dapat menyihatkan dan menghilangkan bau tinja kambing. Kemudian, tong hendaklah di tutup rapat (kedap udara) supaya tiada benda asing dapat masuk dan tahan lebih lama. Silaj sesuai di peram selama 2 minggu sebelum di berikan kepada ternakan. Silaj juga sesuai di gunakan apabila tibanya musim hujan, di mana pergerakan untuk menebang batang pokok jagung terbatas. Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan